Bina url shortener hosting sendiri


Salam dan selamat sejahtera kepada pembaca zxira ^_^, hari ini kami ingin berkongsi dengan anda satu PHP script yang amat menarik untuk digunakan. Kami akan berkongsi script url shortener iaitu script untuk memendekkan url anda.

Sebagai contoh, anda pasti pernah melawati laman web seperti adf.ly dan bit.ly kan? Hah!
macam itulah kegunaan script ini. UI ia sungguh ringkas, menarik dan datang dengan penuh ciri-ciri kesederhanaan.

Antara ciri-ciri script ini;-


  • Splash Page
  • Kod QR
  • Google Safe Browsing URL Scan
  • Custom url individu Google Analytics
  • Advanced Stats
  • Menaik taraf pemberitahuan
  • Bootstrapped Statistik URL individu
  • Tetapan Panel Admin, Stats Site, Padam, Edit
  • Ajax Search
  • Social Share
  • Nama URL Custom
  • Statistik Page
  • Salinan Button Auto URL
  • iframe Bar Enable / Disable
  • Mudah digunakan untuk API pemaju.

(Maaf ini ambil dari google translate)

Untuk melihat live preview boleh ke sini. Sebenarnya script ini perlu dibeli terlebih dahulu di Codecanyon, tetapi boleh download yang nulled di internet.


Muat turun script mee.la
katalaluan DL: magice
katalaluan zip: phantom

Selamat mencuba ^_^'....

Tuesday 9 April 2013
Posted by Unknown

Codecademy, belajar html, programming

Salam semua, hari ini kami ingin memperkenalkan anda dengan sebuah laman web yang agak terkenal iaitu Codecademy. Sebuah laman web interaktif yang cukup menarik untuk yang ingin belajar tentang asas html dan programming.

Laman web Codecademy ini menyediakan latihan yang sangat berkesan dengan memberi soalan pada setiap satu-satu permasalahan. Secara tidak langsung, pengguna dapat membina kod-kod untuk memberikan jawapan yang tepat kepada soalan.



Apa yang sangat menarik tentang laman web ini adalah, mereka menyusun setiap topik dari asas hingga ke peringkat tinggi dengan bantuan setiap soalan yang ditanya. Selain daripada mempunyai antaramuka yang sangat ringkas dan senang digunakan. Selain itu, laman web Codecademy ini juga menyediakan latihan seperti, Javascript, Phyton dan juga jQuery. Pembelajaran adalah sangat mudah, selagi kita tidak dapat menjawab soalan pada sesuatu peringkat, selagi itu kita tidak akan dapat pergi ke peringkat seterusnya.

Anda semua mungkin pernah dengar tentang laman web W3school, sebuah laman web yang juga untuk belajar permulaan bagi html. Tetapi W3school tidak menyediakan latihan, hanya tutorial berbanding dengan Codecademy yang menyediakan latihan yang sangat seronok untuk dibuat selain memberi servis percuma.
Sunday 7 April 2013
Posted by Unknown

Laman rasmi McDonalds Korea digodam Turkish Ajan Hacker Group


Maxney & xXM3HM3TXx dari kumpulan Turkish Ajan Hacker Group telah menggodam laman web rasmi McDonalds Korea.

Mereka meletakkan laman deface mereke berserta dengan mesej dalam bahasa Turkish dan Inggeris yang menunjukkan penentangan mereka terhadap Zionis.

Mesej yang mereka tinggalkan;-


Hacked by Turkish Ajan Hacker Group..Türkçe: Amelleriniz için ettiğiniz özürü, Şehid Olan Kardeşlerimiz, için etmiş gibi gösteren siyonistler, Sizler ..Osmanlı Padişahlarının dizinin dibinde diz çöktünüz vakitleri unutmayın, çünkü sizler ona layıksınız ve hep diz çökeceksiniz. Her zaman karşınızdayız.
English: Your excuses for your actions, it shows it as if it is our martyr brothers. But we know your Zionists did you stoop before the Ottoman Empire and offered to help. You deserve to have to crouch and you will always bend over! We are always against you.

Laman web McDonalds korea : http://www.mcdonalds.co.kr/home
                                       Mirror :  http://www.zone-h.org/mirror/id/19548206

Ketika post ini ditulis, laman mcdonalds korea telah dibaiki dan pulih seperti biasa.
Wednesday 27 March 2013
Posted by Unknown

Instagrille, Instagram untuk PC



Instagram, sebuah aplikasi yang terkenal sebagai sebuah aplikasi berbagi foto yang membolehkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan berkongsi ke pelbagai laman sosial. Instagram hanya boleh didapati untuk iPhone, iPod, iPad, dan Android. Tetapi bagaimana jika kita tidak mempunyai peranti tersebut?

Oleh itu, kali ini saya ingin berkongsi dengan anda software yang bernama Instagrille yang membolehkan anda mengakses Instagram melalui Windows.

Anda boleh download Instagrille Disini.
Sunday 24 March 2013
Posted by Unknown

Google memperkenalkan Google Keep

Salam sejahtera semua,
        Pada 20 Mac, Google telah melancarkan satu lagi perkhidmatan baru mereka iaitu Google Keep. Setiap hari kita semua melihat, mendengar atau memikirkan perkara-perkara yang kita perlu ingat. Tetapi kadang-kadang macam kami juga anda mungkin terlupa sesuatu.

Jadi untuk menyelesaikan masalah ini Google telah memperkenalkan Google Keep, yang boleh pastikan anda  mencatat idea-idea dengan cepat jika anda terfikir. Perkidmatan ini juga boleh menyimpan senarai semak dan gambar yang penting kepada anda. Nota anda kan selamat di dalam Google Drive dan boleh disambungkan ke semua peranti untuk memudahkan anda.

Ia lebih cekap untuk bercakap daripada menulis - Oleh itu, google keep membolehkan anda
menyimpan memo suara untuk anda secara automatik.




Anda boleh mengakses, menyunting dan mencipta nota baru di drive.google.com/keep dan dalam minggu-minggu akan datang anda akan dapat melakukan perkara yang sama terus dari Google Drive.

Google Keep juga boleh didapati untuk peranti yang beroperasi Android 4.0, Ice Cream Sandwich dan keatas di Google Play.
Posted by Unknown

Syrian Electronic Army Meggodam Akaun Twitter BBC

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca Zxira, kami mendapat maklumat bahawa akaun Twitter perkhidmatan cuaca BBC telah digodam dan kumpulan penggodam Syrian Electronic Army, yang menyokong rejim Bashar Al Assad mengaku bertanggungjawab ke atas aktiviti tersebut.



BBC membuat pengesahan kepada Reuters bahawa akaun laman social mereka tersebut telah digodam. Akaun @bbcweather itu secara tiba-tiba telah memaparkan mesej-mesej pelik berkenaan Syria dan juga mengenai isu politik di Timur Tengah.

Mereka juga melakukan beberapa tweet palsu.Pihak BBC juga telah diberitahu "Sophos" firma keselamatan bahawa mereka sedang menyiasat isu pelanggaran tersebut.

Antara tweet palsu yang dibuat penggodam:-

“Forecast for Tel Aviv on Saturday - 5000 degrees Kelvin with northern fog and eastern high pressure front”

“Chaotic weather forecast for Lebanon as the government decides to distance itself from the Milky Way”

“Saudi weather station down due to head on-collision with camel.”“Hazardous fog warning for North Syria: Erdogan orders terrorists to launch chemical weapons at civilian areas.”

“Scandal: Edinburgh storm warning station decommissioned after maintenance fund diverted to arming Syrian opposition.”

Selain BBC, laman Sky News, France24, AFP, Human Rights Watch, dan Yayasan Qatar juga menjadi sasaran kumpulan mereka. Mereka juga mengaku telah mengaku bertanggungjawab menggodam beberapa laman web termasuk menggodam laman Facebook Barak Obama dan juga AlJazeera.
Posted by Unknown

Kerentanan Pada Apple ID Membolehkan Pengodam Mengubah Kata Laluan Dengan Mudah


Nampaknya kini pengguna Apple menghadapi masalah serius apabila sebuah masalah kerentanan baru ditemui, membolehkan kata laluan sesuatu akaun Apple ID itu ditetapkan semula oleh sesiapa sahaja yang mengetahui emel dan juga tarikh lahir seseorang pemilik Apple ID.

Masalah ini dilaporkan hari ini, selepas semalam Apple mula memperkenalkan sokongan pengesahan dwi-faktor untuk pengguna mereka.

Daripada apa yang dilaporkan, ia dikatakan melalui penggunaan sebuah URL, kemudian pengguna akan dibawa ke sebuah halaman khas yang meminta menjawab tarikh lahir pengguna. Dengan laman sosial yang digunakan dengan meluas, penggunaan tarikh lahir merupakan salah satu perkara yang tidak lagi rahsia, dan mungkin boleh diketahui oleh rakan-rakan anda yang lain dengan mudah.

Memandangkan sokongan pengesahan dwi-faktor Apple masih belum diperkenalkan untuk semua buat masa ini, mungkin cara untuk mengatasi masalah kerentanan ini untuk sementara waktu adalah dengan mengubah tarikh lahir secara manual pada akaun tetapan.

Kemaskini (5.56 pagi) : Ia kelihatan Apple telah membuang halaman menetapkan kata-laluan berkenaan.
Posted by Unknown

Networked Blogs

Follow on Facebook

Powered By Zxira

Sertai Komuniti Kami Di Facebook!

- Copyright © Zxira | Informasi -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by PhaNt0m3rr0r -